BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

25.2.11

Satu Hari Di Seksyen 19...

bismillahirrahmanirrahim


smlm dgr satu kuliah maghrib

ade cerite yg sgt best

pd zaman rasulullah dahulu,

ade seorang wanita yg baru kematian suami

demi mententeramkan wanita ini, Rasulullah pun pergi menziarahinya

Rasulullah bertanyakan wanita itu,

"adakah suami meninggalkan apa2 wasiat kepadamu?"

wanita itu menjawab,

"tidak ada ya Rasulullah"

Rasulullah bertanya lagi,

"adakah dia meninggalkan sebarang harta?"

wanita itu menjawab,

'tidak ada ya Rasulullah"

"adakah dia menyebut apa2 sebelum dia meninggal?'

wanita itu lalu menjawab,

"bahkan ada ya Rasulullah

dia ada menyebut 3 perkara,

tetapi tidak satu pun saya faham.

pertama, dia menyebut, "kalaulah lebih panjang ..."

kemudian dia menyebut, "kalaulah yg baru..."

yg terakhir, dia menyebut, "kalaulah semua sekali..."

dgn kelebihan baginda,

Rasulullah lalu memberitahu maksud kata2 suami wanita itu

"suatu hari, semasa suamimu hendak ke masjid utk menunaikan solat,

dia melihat seorang tua yg btongkat sedang berjalan ke masjid.

lalu suami membantu org tua tersebut dgn bjalan memimpinnya ke masjid.

apabila tiba saat kematiannya, Allah lalu memperlihatkan kembali amalnya itu,

lalu suamimu berharap alangkah baiknya

jika jarak pjalanan yg dilalui utk ke masjid itu lebih panjang

sebab itulah dia berkata, "kalaulah lebih panjang..."

kemudian, pada hari yg lain,

suami keluar di waktu pagi yg amat sejuk utk menunaikan solat subuh,

lalu dia melihat seorg yg hampir mati akibat kesejukan

ketika itu, suamimu memakai sehelai serban yg lama

dan di bahunya ada sehelai serban yg baru

lalu suamimu memberikan org tersebut serban yg dipakainya yg lama itu

kepada org yg kesejukan itu,

apabila tiba saat kematiannya, Allah lalu memperlihatkan kembali amalnya itu,

lalu suamimu berharap alangkah baiknya

jikalau diberinya org itu kain serban dibahunya yg baru itu

sebab itulah dia bkata, "kalaulah yg baru..."

pada hari yg lain, ketika suamimu baru pulang dr kerja,

dia berasa sgt lapar lalu meminta engkau memasak roti berintikan daging

tiba2, dtg seorg musafir meminta mknn kepadanya

lalu suamimu memberi separuh kepada musafir itu dan separuh lagi dimakannya

apabila tiba saat kematiannya, Allah lalu memperlihatkan kembali amalnya itu,

lalu suamimu berharap alangkah baiknya

andainya dia memberi semua sekali roti dan daging tersebut kpd musafir itu

sebab itulah dia berkata, "kalaulah semua sekali..."

wallahua3lam

(mana2 fakta silap dlm citer ni sila bgtau)


kita sama2 ade akal, sama2lah fikir, sama2 amik iktibar

sabda Rasulullah, maksudnya

"berusahalah atas apa yg memanfaatkan kamu"


semoga memberi manfaat walau sedikit

sikit2 lama jadi bukit

assalamualaikum



1 orang telah berkata....:

Nadzirah binti Ahmad aka aNA said...

subhanallah....

andai kita berada di tempat lelaki itu.. apa mungkin kita at least buat apa yg beliau buat...