BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

22.3.09

Blog??? Ape Bende Ni.....???

Assalamualaikum. Camne nak mula ni?? Errmmm... Ok, aku wat blog ni atas sokongan seorang kawan. Mula2, aku x nak. Tp, fikir2 balik, mungkin dgn wat blog ni, ia akan bagi manfaat kpd diri aku dan juge org lain. Sebenarnye, aku nak wat lebih awal, tapi, memandangkan aku nak wat gimik skit, so aku amik ah tarikh 22.3. Kena skit ngan e-mel aku, 223daygoodplan. Huhu.. Kalau boleh, aku nak amik tarikh 2.23, tapi disebabkan x wujud bulan 23, so aku amik ah tarikh ni. Hak2. Ok ah, so, dalam blog aku ni, aku bercadang, setiap kali wat post, aku nk letak 3 bende wajib, iaitu:
i) PENGAJARAN/SANTAPAN ROHANI
ii) AYAT AL-QURAN HARI INI, dan
iii) HADIS HARI INI.
Ape lagi ah? Ok ah, ni pun baru permulaan, rilek ah dulu. Tak nak tulis byk2 lagi.
Jadi, dgn rasminye, lahirlah satu blog pade 22.3. Aku harap blog ni berguna utk aku dan jugak org lain. Aku ni pun x byk ilmu, so, kalau salah, betulkan, kalau betul, salahkan.....eh silap2, kalau betul, sebar-sebarkan, insya-Allah.
PENGAJARAN: buatlah perkara yang dapat memanfaatkan diri kite dan orang lain. boleh jadi jika dia mengamalkan perkara itu dalam hidupnye, perkara itu akan menjadi sumber pahala yg berterusan kpd diri kite. atau setidak-tidaknye, ia akan menjadi perkara yg tertanam kukuh dalam diri kite, insya-Allah.
AYAT AL-QURAN HARI INI: surah al-'asr,103: 1-3. maksudnya: demi masa. sesungguhnya manusia benar2 dalam kerugian. kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dgn kebenaran, dan berpesan-pesan dgn kesabaran.
HADIS HARI INI: berkata Abu Umamah al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, : Allah telah berfirman,"sebaik-baik persembahan yg dpt diberikan hambaKu kepadaKu ialah menyampaikan nasihat kerana Aku," dan dalam riwayat lain,"menyampaikan nasihat kepada setiap Muslim"
(riwayat Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)

1 orang telah berkata....:

mynmeisazm :) said...

huhu..
semoga dpt beristiqamah insya Allah..
keep up n improve the good work ok